Saturday, 10 December 2011

SIRAH RASULULLAH S.A.W.

 A- Nama ahli keluarga Rasulullah yang terdekat

1- Nama Nabi kita ialah Nabi Muhammad

2- Nama ibu Nabi ialah Aminah

3- Nama ayah Nabi ialah Abdullah

4- Nama bapa saudara Nabi ialah Abu Talib

5- Nama Datuk Nabi ialah Abdul Mutalib




B- Pantun keluarga Rasulullah

     Pergi  ke Kedah membeli gamat,
     Buat ubat penyakit lelah,
     Nabi kita Nabi Muhammad,
     Bondanya Aminah ayahnya Abdullah.

     Hantar baju ke kedai dobi,
     Hendak mencuci kebaya nyonya,
     Abdul Mutalib datuk Nabi,
     Abu Talib bapa saudaranya




C- Lagu keluarga Rasulullah ( irama Anaklah Ayam )

      Nabi lah kita
      Nabi kita
      Namanya Muhammad

            Ibunya pula
            Ibunya pula
            Siti Aminah

       Abdullah ayahnya
       Abdullah ayahnya
       Meninggal dunia
       Diambil datuknya
       Diambil datuknya
       Abdul Mutalib



D- Peristiwa sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W. 






     Kota Mekah merupakan sebuah kota yang suci. Ramai orang datang ke Mekkah kerana Kaabah. 
     Raja Abrahah dengki dengan kehebatan Kaabah. Dia hendak meruntuhkan Kaabah. Satu hari Abrahah 
     dan tentera bergajah datang menyerang Kaabah. Tiba-tiba datang sekumpulan burung Ababil membawa
     batu-batu panas dari neraka. Tentera Raja Abrahah telah dilontar dengan batu-batu tersebut sehinga 
     binasa. Selepas peristiwa itu Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan. Lalu tahun itu dinamakan Tahun Gajah.



E- Nasyid sejarah kelahiran Rasulullah S.A.W.

      Tercipta satu lembaran sejarah
      Di tanah suci kota Mekkah
      Harian yang indah penuh saadah
      Bermulalah sebuah kisah

               Hari Isnin Subuh yang indah
               12 Rabiul Awal yang cerah
               20 April Tahun Gajah
               Lahirlah zuriat yang saadah

                             Muhammad nama yang diberi
                             Gelaran yang terpuji
                             Nikmat Ilahi sama disyukuri
                             Untuk umat dia berbakti




No comments:

Post a Comment